Monday, September 15, 2008

KULIAH 9 - Hilangnya identiti kami sebagai anak Melayu

16hb September 2008
9:45pm

Semasa kuliah kelmarin, kami telah membincangkan tentang banyak perkara. Di antaranya yang menarik perhatianku adalah orang Melayu kita yang sering dipandang rendah oleh bangsa lain (org Cina). Tetapi, yang paling aku tertarik sekali apabila Dr Razif mengatakan bahawa orang Melayu kita juga tidak ingin dikenali sebagai orang Melayu. Aku setuju dengan pandangannya itu. Aku sendiri boleh lihat trend yang semakin popular di kalangan masyarakat kita di mana ramai ibu bapa kini yang menamakan anak-anaknya dengan nama moden seperti Haiqel, Emelda, Danial dan banyak lagi. Bukan nama-nama seperti Siti, Aminah, Zaki atau pun Bakar. Kenapa agaknya orang Melayu kita tidak inginkan nama-nama klasik untuk anak-anaknya? Adakah nama-nama seperti ini kuno dan sudah lapok? Aku pun, jikalau punya anak, aku ingin nama-nama moden untuk mereka. Biarlah namaku sahaja yang klasik tetapi bukan anak-anakku. Aku rasa namaku ini agak lama dan terlalu klasik.
Hilangnya identiti kami sebagai orang Melayu dan ini berpunca dari kami juga. Malunya. Bukan ini sahaja, kini timbul masalah dengan Bahasa Ibunda juga. Bahasa yang bernilai tinggi pada zaman dahulu, kini dipandang rendah dan ringan. Anak Melayu kami yang tidak pandai berbahasa Melayu kerana mereka berpendapat bahawa bahasa Melayu mereka tidak bagus. Mereka lebih mahir berbahasa dalam Bahasa Inggeris. Malahan, mereka hanya bertutur dalam BM semasa kelas Melayu sahaja. Di rumah, ibu bapa mereka akan berbual dengan mereka dalam B Inggeris. Tetapi, semasa aku mengajar, anak-anak melayu akan berbual dalam BM. Tetapi, BM mereka tunggang langgang. Kosa kata mereka amat terhad. BAHASA PASAR! BAHASA KASAR! Apabila, aku berada di sekolah itu, perasaanku bercampur aduk! Kadang kala berasa bersyukur dan lega anak-anak Melayu kita masih berbual dalam BM. Mereka tidak melupakan B Ibunda mereka. Tetapi, bahasa yang mereka gunakan itu ROSAK! HANCUR!
Ada yang enggan berbahasa Melayu. Ada pula yang berbahasa Melayu tetapi tidak sempurna. Malahan, mereka merosakkan bahasa.

Tetapi, satu perkara yang aku berasa bangga dengan masyarakat Melayu kita di Singapura adalah budaya memakai pakaian Melayu. Aku dapat melepaskan nafas lega kerana anak-anak Melayu kita tetap memakai pakaian tradisional walaupun hanya pada waktu dan tempat tertentu sahaja. Asalkan masih ingat akan budaya sendiri. Jikalau kita perhatikan budaya-budaya lain, mereka seolah-olah sudah lupa akan budaya mereka sendiri. Generasi muda mereka enggan memakai pakaian-pakaian tradisional mereka walaupun pada waktu perayaan mereka. Mereka akan memakai pakaian alah barat. Budaya memakai pakaian tradisional di kalangan kaum masyarakat lain semakin pupus! Tetapi bukan di kalangan masyarakat Melayu. Setip kali aku terlihat anak Melayu kita mengenakan baju kurung ataupun kebaya, bibirku akan mengukir senyuman.

No comments: