Tuesday, September 2, 2008

KULIAH 5 - "They know nothing and yet everything!"


2hb September 2008
3:00pm

Apa maksudnya? Itulah soalan yang telah ditujukan kepada kami semua semasa kuliah tadi terutama sekali kepada yang berpengalaman. Akulah tuh... Apa yang kami dapat takrifkan dari frasa ini. Aku berdiam diri sahaja, Jawapanku disimpan untuk diriku sahaja. Aku telah takrifkan bahawa para pelajar sebenarnya "ignorant" ataupun bodoh. Yelah...tidak tahu apa-apa. Tapi mereka berlagak seakan-akan mereka tahu kesemuanya. Seringkali aku dicabar kepintaranku, kebolehanku semasa aku mengajar di sebuah sekolah menengah dahulu

"betul ker cikgu?"
"Cikgu tak tahu kan, pasal tuh cikgu suruh kiter check kat kamus."

Pelajar-pelajar di sana sering menguji kebolehanku sebagai seorang guru Melayu di sana. Mereka tidak tahu bahawa aku nih, tidak berpengalaman langsung, malahan tidak punya sijil untuk menjadi seorang guru mereka. Jikalau mereka tahu, lagi teruk! Tetapi, aku selalu bersedia untuk pelajar-pelajar sebegini. Sebelum aku melangkah masuk ke dalam kelas mereka, aku sudah bersiap sedia seakan-akan hendak pergi ke medan perang. Senjata, check! Bom, check! Helmat, check! Apabila aku ditanya soalan-soalan seperti ini, pandai-pandai lah aku "psycho" mereka.

"Cikgu sebenarnya tahu, cuma ingin kamu buat kerja sikit. Tak boleh?
Kan awak semua rajin. Tak salahlah cikgu suruh awak semak di kamus. Kalau asyik cikgu ajer yang beri jawapan, bila nak pandai? Memang pun dah pandai. Bukan tak pandai. Tapi kenalah rajin cari jawapan sendiri. Saya akan beritahu kamu sama ada jawapan kamu betul atau tidak. Yang penting, kamu usaha. Itu yang saya mahu."

'Ok-ok. Saya check nih."

Har...haw...har...aku menang!

Dr Razif juga telah mengatakan bahawa mereka ingin berlagak kerana tidak ingin dianggap tidak 'cool' dan bodoh. Para pelajar masih mencari identiti masing-masing. Aku faham. Aku pun pernah melalui ini semua. Tapi, aku tidak menguji kebolehan guru-guruku. BIADAP!
Aku tahu pelajar-pelajar dari sekolah menengah lebih 'critical' dan suka menyoal guru mereka.

Dr Razif juga telah mengatakan tentang para pelajar pada zaman ini mempunyai kesukaran berbual dalam BM. Bukan mereka bodoh tetapi cuba malu. Malu diketawa oleh kawan-kawan mereka. Malu melihat ekspresi muka gurunya apabila mereka terkial-kial cuba berbual dalam BM. Fenomena ini mungkin terjadi di sekolah-sekolah bagus seperti Raffles dan sebagainya. Para pelajar dari sekolah seperti ini jarang berbual dalam BM dan lebih suka bertutur dalam B Inggeris. Tetapi, semasa aku mengajar di sekolah tersebut, para pelajar di sana lebih gemar berbual dalam BM. Tapi tonggang langgang lah... Cara mereka menulis sama dengan cara mereka berbual. Itulah cabaranku di sana... Aku harus mengajar mereka menggunakan bahasa yang betul dan sempurna dan bukan BM pasar ataupun KASAR!

No comments: