Monday, September 1, 2008

Kuliah 4: Rembulan, sekarang aku tahu siapa kau!


1hb September 2008
8:30pm

Akhirnya, aku dapat jua jawapan bagi soalanku. "Siapa kau rembulan?" Berdasarkan jawapan Dr Razif (tidak semestinya beliau betul, tapi jawapannya munasabah)

REMBULAN : melambangkan wanita. Kadangkala merbahaya dan kadangkala bersikap lembut dan penyayang. Kenapa wanita?
Kadangkala bulan itu penuh, kadangkala sabit, kadangkala tidak kelihatan langsung. Ia sering bertukar-tukar bentuk. Begitulah "mood" seorang wanita. Har...Har...Akulah tuh...
Bulan itu memainkan peranan penting di dalam cerpen ini kerana ia melambangkan watak seorang perempuan. Haid seorang perempuan juga bergantung kepada bulan. Kenapa bulan itu melambangkan watak seorang wanita yang merbahaya? Ini kerana kadangkala bulan itu penuh, serigala jadi-jadian akan menjelma, orang boleh bunuh diri ataupun menjadi gila. Hmmm...

Kami telah berbincang dengan begitu mendalam tentang isi cerita cerpen ini. Timbulnya isu 'patriaki'. Hmm...kalau berbual tentang topik, pada pendapat aku, tidak akan selesai. Ah, begitu banyak perkara yang boleh diperdebatkan. Bagus juga kalau adanya kaum lelaki di kuliah Dr Razif. Boleh juga berkongsi pendapat. EGO vs EMOSI! Har..haw..har...

Timbulnya persoalan tentang sama ada kaum wanita terlalu bergantung kepada kaum lelaki. Adakah kaum Hawa sebegitu? Pada pendapat aku, 50-50. Tanpa disedari, kaum wanita juga memerlukan kaum Adam. Naluri seorang wanita. Mahu dibelai, disayangi, dipujuk. Mahu berasa selamat, dilindungi dan dipimpin. Kaum wanita juga kini lebih berpendidikan, malah kadangkala lebih tinggi pendidikannya dibandingkan dengan kaum lelaki. Kini lebih terdedah dengan dunia luar. Lebih matang, lebih berpengalaman. LEBIH EGOIS! Kadangkala ego kami setaraf dengan punya lelaki. Jadi, aku tidak akan menyalahkan sesetengah wanita yang berpendapat, dia tidak memerlukan lelaki untuk berdiri. Boleh berdikari dengan sendirinya. Tanpa wujudnya lelaki disebelahnya. Alah...cuma kata-kata sahaja. Untuk memujuk diri sendiri. Tetapi, hati berkata lain. Setiap wanita memerlukan lelaki. Setiap lelaki juga memerlukan wanita. Peranan yang saling mendukung dan memerlukan. JANGAN BOHONG! (*Tetapi, jangan pula menjadi seperti gambar di atas tuh..... QUEEN CONTROL!)

Apabila Dr Razif mengongsi pendapatnya tentang tafsiran cerpen itu, saya kurang setuju dengan pendapatnya bahawa watak wanita itu agresif. Kenapa si isteri? Dan bukan si suami? Kerana si isteri tidak begitu ikhlas terhadap suaminya. Seakan-akan berlakon sahaja. Tetapi, suaminya suka apabila si isteri memanggilnya "Tuan". Mungkin, si suami telah memaksa beliau untuk memanggilnya sebegitu. Dan si suami apabila menegur si pelayan bahawa jangan memanggilnya "Tuan" kerana beliau berpendapat bahawa seperti berdrama sahaja, beliau mungkin sedang berbohong.

Pada pendapat aku, dan aku tetap dengan pendapatku bahawa di dalam cerpen, si isteri telah ditindas oleh si suami dan akhirnya telah dilepaskan oleh suaminya tetapi tetap ingin kembali kepadanya kerana cinta. Cinta itu suatu perkara yang rumit dan susah dijelaskan dengan kata-kata sahaja. Ia memerlukan emosi, pengalaman dan banyak lagi. Walaupun, si suami itu jahat, tidak bersikap adil dan sebagainya, si wanita yang ingin dibelai dan dilindungi itu tetap inginkannya dan sanggup berkorban segalanya-galanya untuk si suami. Untuk kebahagian si suami.

Kaum Adam, kamu patut berasa cukup beruntung! Apabila, si wanita berkahwin, beliau harus membuat banyak pengorbanan. Yang pertama, meninggalkan keluarga dan ikut si suami. Kadang kala harus mengorbankan kerjaya. Korbankan bentuk badan untuk berkeluarga. Korbankan masa untuk keluarga. Itulah kaum wanita. Sepanjang hayatnya, beliau harus membuat pengorbanan demi kebahagiaan baik si suami ataupun kedua- dua pihak!

No comments: