Thursday, September 11, 2008

KULIAH 8 - Adakah wanita itu kaum yang kompleks?


14hb September 2008
12:15pm
Apabila Dr Razif mengatakan bahawa cerpen "Surat yang tidak sampai" itu ditulis oleh seorang wanita. Beliau menjelaskan bahawa hanya wanita sahaja yang boleh menulis karya sebegini kerana ceritanya begitu kompleks sekali. Aku setuju dengan pandangannya. Aku berpendapat bahawa kaum hawa itu kompleks. Tetapi apabila Dr Razif memberi contohnya, aku tidak setuju sama sekali. Beliau telah mengatakan bahawa apabila si wanita pergi ke supermarket, dia boleh menghabiskan masa sehingga satu hari di dalam supermarket, membeli belah. Jikalau si lelaki pula, hanya membeli barang-barang yang beliau inginkan. Yang sudah dirancnag terlebih dahulu. Kononnya, si wanita jikalau pergi berbeli-belah, seakan-akan ingin membeli seluruh kedai. Aku kurang setuju dengan pandangan ini.
Apabila wanita pergi berbeli belah terutama sekali di supermarket, beliau bukan sahaja membeli belah untuk dirinya sendiri, tetapi beliau akan membeli untuk keperluan anak-anak dan suami, barang dapur dan lain-lain lagi. Jikalau si lelaki pula, hanya akan membeli untuk dirinya sendiri. Jarang sekali beliau akan membeli-belah untuk keperluan orang lain melainkan beliau disuruh untuk berbuat demikian. Jikalau kamu lihat kaum Adam membeli-belah di supermarket, memegang sekeping kertas, dan asyik merujuk kepada kertas tersebut, itulah masanya kaum Adam terpaksa keluar membeli-belah untuk keperluan orang lain mungkin kerana si isteri sibuk dan sebagainya.
Malahan, apabila aku pergi membeli-belah, aku akan hanya masuk ke kedai-kedai yang menjual keperluanku. Maksudnya, aku mempunyai tujuan apabila pergi membeli-belah. Kawanku (lelaki) pula, jikalau pergi membeli-belah, beliau akan mengambil masa yang panjang. Aku masih ingat lagi apabila beliau ingin membeli sikat gigi. 30 minit telah berlalu, dan beliau masih belum boleh membuat keputusan yang mana satu yang beliau patut beli.
Pada pendapatku, apabila aku pergi membeli belah, si kaum lelaki tidak patut risau sama ada aku akan mengambil masa yang banyak. Aku sebenarnya hanya memerlukan masa yang singkat sahaja kerana aku sudah rancang: barang-barang yang harus dibeli dan kedai-kedai yang harus kutuju. Aku tak tahu sama aku merupakan 'impulsive shopper". Aku jarang cuba tawar-menawar ataupun bandingkan harga. Pada pendapatku, itu semua membuangkan masaku sahaja.
Pada pendapatku, kaum hawa apabila pergi membeli-belah, terutama sekali yang sudah bergelar isteri itu, memerlukan banyak masa kerana beliau harus membeli bukan sahaja untuk keperluannya sahaja tetapi untuk keperluan orang lain juga. Dan kaum Adam lebih bersikap mementingkan diri sendiri sahaja di mana mereka hanya akan membeli keperluannya sahaja seperti pakaian dan barang untuk kenderaan.


No comments: