Tuesday, October 28, 2008

Aku gagal untuk berfikir dari sudut pandangan seorang femenis!!

24hb Oktober 2008
5:30pm

Dr Razif ada memberi kami tugasan di mana kami harus berfikir dan berpendapat dalam sudut pandang seorang femenis. Sebenarnya, aku mengalami banyak kesukaran membuat sedemikian. Kadang kala, aku femenis orangnya. Tetapi selalunya aku tidak berpendapat sedemikian. Aku tidak tahu mengapa aku boleh terima pandangan-pandangan yang dianggap tradisional, yang menyokong lagi masyarakat patriakal. Temanku ada bertanya sama ada mungkin aku sudah lama berpasangan dan boleh kenal naluri lelaki dengan lebih mendalam dan kerana itulah mungkin aku boleh tahu perasaan seseorang lelaki. Aku diberi peluang untuk dapat “put myself in his shoes”. Aku tidak rasa itu adalah sebab mengapa aku bersikap seperti ini. Teman lelakiku tidak boleh aku anggap sebagai seseorang yang “chauvinist”. Dia sering berlaku adil. Mungkin aku telah dibesarkan di dalam keluarga yang begitu patrikal di mana bapaku memang amat berkuasa di dalam rumah sehinggakan aku sudah terpengaruh dan menganggap ia suatu perkara yang normal dan semulajadi dan tidak perlu aku persoalkan.

Inilah di antara pandangan-pandanganku. Yang kadang kala femenis. Dan kadang kala tidak femenis.

“Aku masih berpendapat bahawa lelaki boleh merokok tetapi perempuan tidak boleh merokok, kerana mereka akan kelihatan buruk jikalau merokok. Tidak macam perempuan.”

“Perempuan memandu kereta tidak secekap lelaki”

“Presiden haruslah lelaki dan bukan perempuan. Jikalau perempuan, maka tunggang langganglah negara itu kerana emosi akan dikaitkan apabila memerintah”

Tetapi aku juga berpendapat bahawa:

“Seorang suami itu haruslah menghormati kehendak dan pandangan isteri”

“Seorang wanita berhak membuat keputusan ke atas kehidupannya.”
Lantas, pandangan-pandanganku tidak semestinya dari sudut pandangan femenis sahaja. Apabila Dr Razif memberi kami tugasan tersebut, aku tidak dapat melakukannya kerana aku tidak berfikir dari sudut pandangan seorang yang begitu femenis. Di sini, aku sering tertanya-tanya sama ada jikalau aku gagal melakukan tugasan tersebut, bagaimanakah aku dapat menjadi seorang guru sastera yang baik jikalau tugasan yang semudah ini pun aku tidak dapat lakukan. Bagaimana aku dapat menukarkan pandanganku menjadi seorang yang femenis apabila diriku ini tidak begitu feminis dan apabila disuruh untuk berbuat demikian, seakan-akan aku rasa diriku ini hipokrit sahaja.

1 comment:

Khad said...

Saya bersetuju dengan awak. Saya juga mendapat kesukaran berfikir secara feminis. Mungkin kita sudah terbiasa dengan ideologi patriarki lantas berfikiran kita sebagai wanita tidak mampu mengubah keadaan. Atau mungkinkah masyarakat Melayu kita masih belum bersedia menerima fahaman feminis, lantas menghambat pembentukan pemikiran femenis di kalangan wanita Melayu.